Tuesday, 6 December 2011

Apa Erti "Gaya Hidup Sihat?"

Kepanjang hayat, kami sering diingatkan pentingnya kesihatkan untuk diri kita. Dari kecik ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti "ah yang ini baik untuk kesihatan" atau "jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan". Kesihatan juga sering dipentingkan di zaman persekolahan yang sering mewajipkan seseorang melibatkan diri dalam extra-curriculum seperti sukan atau badan beruniform. Adalah ini dinamakan gaya hidup sihat???
Mungkin! Tetapi bagi saya, setiap orang patut hidup dengan definisi kesihatan atau gaya hidup yang tersendiri. Walaupun asas nutrisi dan bersenam itu adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sains, cara kita mengaplikasikannya terpulang kepada individu. Pilihan itu dalam tangan sendiri.

Gaya Hidup Sihat = Kesempurnaan?

Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, social dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda.
Semua orang tahu yang merokok merupkan perkara yang tidak baik untuk kesihatan. Tetapi macamana dengan perokok yang bersenam lima kali seminggu dan makan dengan sempurna? Adakah mereka dikatakan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat? Kalau anda Tanya kerajaan atau institusi perubatan jawapannya mungkin tidak! End of the day, jawapan orang ramai tidak penting kerana kita patut tepuk dada & tanya si perokok. Bagi dia, tentu dia faham perbuatan merokok itu tidak sihat, tetapi mungkin akitivi fitness dan pemakanan itu memberi kepuasan kepadanya. Keseimbangan sementara! Cuma dia seorng yang boleh membuat pilihan untuk berhenti merokok.
Bagi semua orang, keperluan seharian berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, si perokok mungkin berazam untuk berhenti bila rakan baiknya meninggal akibat parah dada (lung cancer).
Selagi dia tidak mahu berubah, dia akan terus mengamalkan hidupnya ditemani rokok sehingga dia mahu berubah! Self-dicipline!
Keinginaan  untuk berubah mesti/patut datang daripada diri kita sendiri. Bagi kebanyakkan pelajar sekolah pun, memaksa mereka menertai pasukan uniform tidak akan bertahan memberi hasil dalam jangka masa yang panjang. Bagaimana dengan atlit sukan? Mereka selalu dapat membawa tabiat bersukan kemana-mana kerana mereka mempunyai passion and minat!
Passion dan minat itu amat penting dalam kehidupan. Bukan sahaja untuk bersukan, tetapi juga dalam kerjaya, kekeluargaan dan juga pemakanan & fitness!
Ramai yang memulakan program fitness dan diet tetapi berhenti separuh jalan. Kenapa? Kerana mereka buat perkara yang tidak menyeronokan....makan sihat dan bersenam (bukan bersukan). Memang membosankan kalau kita tidak menyukai perkara tersebut!

Adakah saya suka pemakanan dan cara latihan saya?

Jawapan bagi saya, ialah YES! Saya boleh dikatakan "bercinta" dengan gaya hidup saya. Adakah kehidupan saya merupakan gaya hidup sihat? Tak juga! Walaupun ramai anggap kehidupan saya amat sihat dan berdisiplin, saya pun gemar dengan kenikmatan makanan dan minuman tetapi keseimbangan yang saya pilih sesuai dengan saya. Ini penting, kita sendiri yang pilih cara hidup, tiada sesiapa yang boleh membuat pilihan itu untuk anda. TETAPI, anda (dan juga saya) kena faham consequences kehidupan anda.
Ini seumpama perompak yang kena faham hakikat perbuatannya. Bagi gaya hidup, anda harus memahami hakikat tabiat merokok atau kurang bersenam sgb. That's all.
Gaya hidup sihat merupakan satu acquired taste yang biasanya mengambil masa untuk dihargai dan diminati. Yang penting, anda sendiri membuat pilihan untuk kebaikan diri anda.
- Artikel iluvislam.com


Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya Hidup Sihat

  • Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
  • Memupuk semangat patriotisme
  • Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
  • Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
  • Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara
  • Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
  • Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.
  • Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
  • Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
4              sukan
 Sukan mampu menjana fizikal dan mantel yang sihat.







Piramid Makanan
Pengenalan
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.
Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.
piramid makanan

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.
Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.
Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.
Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.
Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.
Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.
Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.









10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress!
Ditulis oleh Admin Kekal Sihat   
Wednesday, 23 April 2008
Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.


  Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.

Berhenti merokok.
Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

Tarik nafas dalam-dalam.
Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

Jaga gigi anda.
Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Minum, minum dan minum air!
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

Bersarapan!
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

Pilih makanan yang sihat
Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Gunakan tangga
Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

Selingkan senaman semasa bekerja
Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Senaman bangkit tidur
Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

Berjalan
Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!












                                                  






Amalkan Cara Hidup Sihat, Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala:Rosmah

Posted on the April 29th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta rakyat negara ini menyedari kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan amalan hidup sihat sejak usia muda bagi mencegah penyakit jantung.
Beliau berkata pakar perubatan dan kajian Kementerian Kesihatan mendapati kebanyakan pesakit jantung adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, termasuk aktif merokok.
Katanya, langkah pencegahan awal harus diambil kerana penyakit itu kini menjadi masalah global tanpa mengenal usia serta menyerang negara miskin dan sedang membangun di rantau Asia Tenggara, yang mencatatkan peningkatan kematian secara mendadak.
Rosmah berkata demikian pada majlis pelancaran buku My Heart My Health dan Kad Kesihatan Jantung yang diedarkan percuma oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (Moshpa) dengan kerjasama Institut Jantung Negara di sini malam Khamis.

Beliau memuji usaha Moshpa memperkenalkan Program Penilaian Awal Risiko Penyakit Jantung sebagai satu metodologi mengurangkan risiko kematian akibat penyakit itu.
Moshpa adalah peneraju pertubuhan bukan kerajaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.- BERNAMA
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: Libya and Oil.
Source: mStar



                                                 



                                                                                                                                         


Hidup Sihat

Salam motivasi,
tips sihat
Bagaimana tips sihat yang dikongsi 2 hari lepas. Membantu anda? Saya harap ianya sangat membantu anda. Jika tidak, boleh tuntut daripada Bill Cullen. :-P
Hari ini tips ini masih lagi sambungan daripada buku Bill Cullen yang merupakan penulis buku, ‘Golden Apple’. Rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga.  Seperti mana yang kita ketahui, 2 perkara ini merupakan komoditi yang sangat berharga kepada kita.
Menurut Cullen, untuk mempunyai kesihatan yang baik bukanlah satu rahsia yang besar. Ianya berteraskan kepada prinsip asas yang mudah sahaja. Untuk kekal sihat, apa yang diperlukan oleh kita adalah makan makanan seperti buah-buahan, ikan dan sayuran. Sebabnya mudah sahaja, ianya memudahkan proses penghadaman. Hasilnya ia senang untuk diserap yang seterusnya membina kekuatan dan menguatkan imun sistem anda.
Berbanding makanan lain seperti ‘steak’ dan ‘chips’. Tidak dinafikan bahawa’steak’ mempunyai protein, tetapi perlu diketahui ianya juga mempunyai lemak. Lebih teruk lagi, ia menyerap tenaga yang berharga ini semasa memproses.
Pernahkan anda mengalami keadaan di mana anda bangun pada keesokkannya dan berasa penat dek disebabkan ‘steak’ yang dimakan oleh anda pada malam sebelumnya. Badan kita kepenatan disebabkan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk memprosesnya. Manakala ‘chips’ pula kaya dengan kolestrolnya yang kita tahu memberi padah kepada hati.
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Semoga tips hidup sihat hari ini membantu.
Salam inspirasi! :-)